15. SURAH Al-Hijr
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Alif,
Laam, Raa’. Ini adalah ayat-ayat Kitab iaitu Al-Quran yang jelas.
[2]
(Akan)
ada masanya orang-orang yang kafir, merasa teringin kalaulah mereka telah
menjadi orang-orang Islam.
[3]
Biarkanlah
mereka makan dan bergembira dan dilalaikan oleh angan-angan. Kemudian mereka
akan mengetahui kelak.
[4]
Dan
tidaklah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan mengikut ketentuan
takdir yang diketahui.
[5]
Tidak
ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak pula dapat
melewatkan.
[6]
Dan
mereka berkata “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Peringatan, sesungguhnya
engkau adalah orang gila.
[7]
Sepatutnya
engkau bawakan malaikat kepada kami jika betul engkau dari orang-orang yang
benar!”
[8]
Tidaklah
Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan kebenaran, dan mereka pada ketika itu
tidak lagi diberikan tempoh.
[9]
Sesungguhnya
Kami, Kamilah yang menurunkan Peringatan (Al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah
yang memelihara dan menjaganya.
[10]
Dan
demi sesungguhnya! Kami juga telah mengutuskan sebelummu dalam kalangan
kaum-kaum yang telah lalu.
[11]
Dan
tiadalah seorang Rasul yang datang kepada mereka, melainkan mereka juga
mempersenda dan mengejek-ejeknya.
[12]
Demikianlah
Kami memasukkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa.
[13]
Mereka
tidak percaya kepadanya, padahal telahpun berlaku sunnatullah (membinasakan)
orang-orang yang telah lalu.
[14]
Dan
kalaupun Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat
naik ke dalamnya.
[15]
Tentulah
mereka juga akan berkata “Hanya mata kami yang telah disilapkan penglihatannya,
dan kami adalah kaum yang telah disihir”
[16]
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah jadikan di langit, buruj-buruj dan Kami hiasinya
bagi orang-orang yang melihatnya.
[17]
Dan
Kami memeliharanya dari tiap-tiap syaitan yang direjam.
[18]
Melainkan
mereka yang mencuri-curi dengar, maka dia diikuti api yang menyala, lagi nyata
kelihatan.
[19]
Dan
bumi Kami bentangkan, dan meletakkan padanya gunung-ganang yang teguh berdiri.
Dan menumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu menurut ukuran.
[20]
Dan
Kami jadikan untuk kamu di dalamnya segala keperluan hidup, dan juga
makhluk-makhluk yang kamu bukanlah pemberi rezekinya.
[21]
Dan
tidak ada satupun melainkan di sisi Kami sahajalah khazanahnya, dan Kami tidak
menurunkannya melainkan menurut kadarnya tertentu.
[22]
Dan
Kami hantarkan angin sebagai pemindah benih. Kemudian Kami turunkan air dari
langit, dan Kami berikan kamu meminumnya. Dan bukanlah kamu yang menyimpannya.
[23]
Dan
sesungguhnya Kami, Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah
yang kekal memiliki segala-galanya.
[24]
Dan
sesungguhnya, Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
dan sesungguhnya Kami mengetahui juga orang-orang yang terkemudian.
[25]
Dan
sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang akan menghimpunkan mereka semua. Sesungguhnya
Dialah yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
[26]
Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat kering daripada
lumpur yang diubah.
[27]
Dan
jin, Kami jadikan dia sebelum itu daripada api yang menusuk.
[28]
Dan
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia daripada tanah liat kering daripada lumpur yang diubah.
[29]
Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Aku tiupkan padanya rohKu, maka
hendaklah kamu bersujud kepadanya”
[30]
Maka
bersujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
[31]
Melainkan
Iblis. Dia enggan bersama mereka yang bersujud.
[32]
Dia
berfirman “Wahai Iblis, apakah yang menjadi sebab engkau tidak turut bersama
mereka yang bersujud itu?”
[33]
Dia
menjawab “Aku tidak sepatutnya bersujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia
daripada tanah liat kering daripada lumpur yang diubah”
[34]
Dia
berfirman “Keluarlah daripadanya (syurga), kerana sesungguhnya kamu tersingkir.
[35]
Dan
sesungguhnya laknat itu tetap akan menimpamu hingga ke hari kiamat”
[36]
Dia
berkata “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berikanlah tempoh kepadaku hingga ke
hari mereka dibangkitkan”
[37]
Dia
berfirman “Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberikan tempoh.
[38]
Hingga
ke hari yang telah ditentukan”
[39]
Dia
berkata “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan kepada mereka di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semuanya,
[40]
Melainkan
hamba-hambaMu yang mukhlis di kalangan mereka”
[Orang
yang diberi taufik hidayah daripada Allah]
[41]
Dia
berfirman “Inilah jalan yang lurus, kepadaKu.
[42]
Sesungguhnya
hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa terhadap mereka, melainkan
sesiapa yang menurutimu dari kalangan orang-orang yang sesat.
[43]
Dan
sesungguhnya neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.
[44]
Ia
mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu untuk golongan tertentu dari mereka”
[45]
Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa ditempatkan di dalam beberapa Taman, dengan pancaran
mata air-mata air.
[46]
“Masuklah
kamu ke dalamnya dalam keadaan selamat sejahtera”
[47]
Dan
Kami keluarkan akan apa yang ada di dalam hati mereka, perasaan hasad dengki
sehingga menjadilah bersaudara, sambil duduk berhadap-hadap di atas
singgahsana.
[48]
Mereka
tidak akan disentuh susah payah di dalamnya, dan tidak pula mereka sekali-kali
akan dikeluarkan daripadanya.
[49]
Khabarkanlah
kepada hamba-hambaKu, bahawasanya Aku, Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
[50]
Dan
bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya.
[51]
Dan
khabarkanlah kepada mereka mengenai tetamu Ibrahim.
[Malaikat]
[52]
Ketika
mereka masuk mendapatkannya dan berkata “Selamat sejahtera!” Dia menjawab
“Sesungguhnya kami merasa takut kepada kamu”
[53]
Mereka
menjawab “Janganlah takut, sesungguhnya kami hendak menggembirakanmu dengan
seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu”
[54]
Dia
berkata “Betulkah kamu menggembirakan daku, padahal aku sudah tua. Dan dengan
cara bagaimanakah berita gembira yang kamu khabarkan ini?”
[55]
Mereka
menjawab “Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan kebenaran. Oleh itu,
janganlah engkau menjadi dari kalangan orang-orang yang berputus asa”
[56]
Dia
berkata “Dan tiadalah yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan
orang-orang yang sesat”
[57]
Dia
bertanyakan pula “Apakah urusan kamu wahai Utusan Tuhan (selain itu)?”
[58]
Mereka
menjawab “Sesungguhnya kami diutuskan kepada suatu kaum yang berdosa.
[59]
Melainkan
keluarga Lut. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya.
[60]
Melainkan
isterinya" Kami telah tentukan bahawa sesungguhnya dia termasuk
orang-orang yang tinggal.
[61]
Maka
apabila utusan tersebut datang kepada keluarga Lut,
[62]
Dia
berkata “Sesungguhnya kamu orang-orang yang tidak dikenali”
[63]
Mereka
menjawab “Sebenarnya kami datang kepadamu membawa apa yang selalu mereka
dustakan.
[64]
Juga
membawa kepadamu kebenaran. Dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang
benar.
[65]
Oleh
itu, bawalah pergi keluargamu pada sebahagian dari waktu malam dan ikutilah
mereka dari belakang, dan janganlah seorangpun di antara kamu berpaling, dan
teruskanlah perjalanan ke arah yang diperintahkan kepada kamu”
[66]
Dan
Kami wahyukan kepadanya urusan tersebut bahawa mereka akan dibinasakan pada
waktu pagi, sehingga terputus keturunannya.
[67]
Dan
datanglah penduduk bandar itu dengan riang gembira.
[68]
Dia
berkata “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memalukan aku.
[69]
Dan
takutilah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menghinakan daku”
[70]
Mereka
menjawab “Bukankah kami telah melarangimu dari dunia?”
[71]
Dia
berkata “Di sini anak-anak perempuanku, jika kamu hendak berbuat.
[72]
Demi
umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan
kemaksiatan mereka.
[73]
Akhirnya
mereka dibinasakan oleh pekikan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari
terbit.
[74]
Dan
Kami jadikannya tunggang-terbalik, dan Kami hujani atasnya dengan batu dari
tanah yang dibakar.
[75]
Sesungguhnya
yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhatikan
dan memikirkannya.
[76]
Dan
sesungguhnya ia terletak di jalan yang tetap.
[Dilalui
manusia]
[77]
Sesungguhnya
yang demikian, mengandungi satu tanda kepada orang-orang yang beriman.
[78]
Dan
sesungguhnya penduduk Aikah adalah orang-orang yang berlaku zalim.
[79]
Lalu
Kami balas mereka. Dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang
terang.
[Dilalui
manusia]
[80]
Dan
demi sesungguhnya, penduduk Al-Hijr (kaum Thamud) telah mendustakan
Rasul-rasul.
[81]
Dan
Kami juga telah berikan kepada mereka tanda-tanda Kami. Dalam pada itu, mereka
tetap jua berpaling daripadanya.
[82]
Dan
mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dalam
keadaan aman.
[83]
Meskipun
demikian, mereka dibinasakan jua oleh pekikan suara yang menggempakan bumi pada
waktu pagi.
[84]
Maka
apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikitpun.
[85]
Dan
tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya
melainkan dengan kebenaran. Dan sesungguhnya Saat tetap akan datang. Oleh itu,
biarkanlah dan layanlah mereka dengan cara yang baik.
[86]
Sesungguhnya
Tuhanmu, Dialah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui.
[87]
Dan
sesungguhnya, Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang diulang-ulang
bacaannya (surah Al-Fatihah), dan Al-Quran yang agung.
[88]
Janganlah
engkau menujukan pandanganmu kepada apa yang Kami berikan kepada beberapa
golongan di antara mereka, dan janganlah pula engkau merasa dukacita terhadap
mereka. Dan sebaliknya hendaklah engkau merendahkan diri kepada orang-orang
yang beriman.
[89]
Dan
katakanlah “Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi amaran yang nyata”
[90]
Sama
seperti Kami menurunkan kepada orang-orang yang membahagi-bahagi.
[91]
(Iaitu)
mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada bahagian-bahagian.
[92]
Demi
Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya,
[93]
Mengenai
apa yang mereka telah lakukan.
[94]
Oleh
itu, sampaikanlah dengan cara terang-terangan akan apa yang diperintahkan
kepadamu, dan berpalinglah dari kaum yang menyekutukan (Allah).
[95]
Sesungguhnya
cukuplah Kami bagimu terhadap orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakan,
[96]
(Iaitu)
mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka kelak mereka
akan mengetahui.
[97]
Dan
demi sesungguhnya, Kami mengetahui bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa
yang mereka katakan.
[98]
Oleh
itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, dan jadilah dari kalangan
orang-orang yang bersujud.
[99]
Dan
sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang diyakini (Ajal).