Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Maha
Tinggilah Dia yang telah menjalankan hambaNya (Nabi Muhammad s.a.w) pada malam
hari dari Masjid Al-Haraam (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Palestin), yang Kami
berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami.
Sesungguhnya Dia, Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[2]
Dan
Kami berikan Musa Kitab, dan Kami jadikan ia petunjuk bagi Bani Israil
“Janganlah kamu mengambil yang lain daripadaKu sebagai Penentu segala urusan”
[3]
(Iaitu)
keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama Nuh (di atas
bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
[4]
Dan
Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu “Sesungguhnya kamu akan melakukan
kerosakan di bumi sebanyak dua kali, dan sesungguhnya kamu akan mencapai
kesombongan yang melampau.
[5]
Maka
apabila telah tiba janji kali pertama dari kedua itu, Kami datangkan kepada
kamu hamba-hamba Kami yang kuat kekuatan ketenteraannya lalu mereka menjelajah
ke segenap pelosok tempat tinggal. Dan itu adalah suatu janji yang pasti
berlaku.
[6]
Kemudian
Kami mengembalikan kepada kamu kemenangan atas mereka, dan Kami berikan kepada
kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu lebih
ramai.
[7]
Jika
kamu melakukan kebaikan, kamu melakukan kebaikan itu untuk diri kamu sendiri.
Dan jika kamu melakukan kejahatan, maka ia adalah baginya. Maka apabila telah
tiba janji terakhir (kedua), untuk memuramkan wajah kamu, dan untuk memasuki
masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama, dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya.
[8]
Mudah-mudahan
Tuhan kamu melimpahkan rahmat kepada kamu. Namun jika kamu kembali, maka Kami
juga akan kembali. Dan Kami jadikan neraka Jahanam, penjara bagi orang-orang
yang kafir.
[9]
Sesungguhnya
Al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat benar, dan memberikan
khabar yang menggembirakan orang-orang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
[10]
Dan
orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[11]
Dan
manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan, dan
sememangnya manusia itu terburu-buru.
[12]
Dan
Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam, dan
Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari limpah
kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan masa.
Dan tiap-tiap sesuatu, Kami telah jelaskan satu persatu dengan
sejelas-jelasnya.
[13]
Dan
tiap-tiap orang, Kami kalungkan takdirnya pada lehernya, dan pada hari kiamat
kelak Kami akan mengeluarkan kepadanya kitab yang akan didapatinya terbuka.
[14]
“Bacalah
Kitabmu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap
dirimu”
[15]
Sesiapa
yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya dia beroleh petunjuk hanya untuk
dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanyalah
baginya. Dan seorang yang boleh memikul, tidak akan memikul bebanan
orang lain. Dan tidaklah Kami mengazab sesiapapun sebelum Kami mengutuskan
seorang Rasul.
[16]
Dan
apabila tiba masa Kami hendak membinasakan sesebuah negeri, Kami mengingatkan
orang-orang kayanya. Kemudian mereka menderhaka dan berlaku ingkar di dalamnya.
Maka terbuktilah kebenaran perkataan, lalu Kami hancurkan ia
sehancur-hancurnya.
[17]
Dan
berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nuh. Dan
cukuplah Tuhanmu sahaja yang mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
[18]
Sesiapa
yang menghendaki dengan segera, Kami akan menyegerakan baginya di dalamnya, apa
yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan
baginya neraka Jahanam, untuk membakarnya dalam keadaan terhina lagi
tersingkir.
[19]
Dan
sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh untuknya,
sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, adalah orang yang
usahanya dihargai.
[20]
Setiap
satunya (golongan dunia dan golongan akhirat), Kami hulurkan kepada mereka dari
pemberian Tuhanmu. Dan tidaklah pemberian Tuhanmu itu tersekat.
[21]
Lihatlah
bagaimana Kami lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan
sesungguhnya akhirat itu lebih besar tingkat-tingkat perbezaannya dan lebih
besar pula tambahan-tambahan kelebihannya.
[22]
Janganlah
mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, kerana akibatnya engkau akan
tinggal dalam keadaan terhina lagi ditinggalkan.
[23]
Dan
Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang
dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua bersamamu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan “Ah”, dan janganlah pula menengking mereka, tetapi berkatalah kepada
mereka dengan perkataan yang mulia.
[24]
Dan
hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya disebabkan belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan berdoalah “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil”
[25]
Tuhan
kamu lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam diri kamu. Kalaulah kamu orang-orang
yang bertujuan baik, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi
orang-orang yang bertaubat.
[26]
Dan
berikanlah kepada keluargamu, orang miskin, dan orang musafir akan hak
masing-masing. Dan janganlah berbelanja dengan boros.
[27]
Sesungguhnya
orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu
pula adalah makhluk yang sangat tidak bersyukur kepada Tuhannya.
[28]
Dan
jika engkau terpaksa berpaling daripada mereka kerana mengharapkan rahmat daripada
Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang
menyenangkan hati.
[29]
Dan
janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula
engkau menghulurkannya sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah
engkau dalam keadaan terhina lagi menyesal.
[30]
Sesungguhnya
Tuhanmu meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan juga
menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha
Melihat akan hamba-hambaNya.
[31]
Dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu disebabkan takut kepada kepapaan.
Kamilah yang memberikan kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan
membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
[32]
Dan
janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji
dan suatu jalan yang buruk.
[33]
Dan
janganlah kamu membunuh seorang manusia yang telah diharamkan oleh Allah melainkan
dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka
sesungguhnya Kami telah adakan warisnya kebenaran. Dalam pada itu, janganlah
pula dia melampaui dalam (hal) pembunuhan tersebut. Sesungguhnya dia mendapat
sepenuh-penuh pertolongan.
[34]
Dan
janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik,
sehinggalah dia mencapai kematangannya. Dan sempurnakanlah perjanjian,
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
[35]
Dan
sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan
yang adil. Itulah yang lebih utama dan lebih baik kesudahannya.
[36]
Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, kesemuanya itu
tetap akan ditanya.
[37]
Dan
janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan meninggikan diri, kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak juga dapat
menyamai ketinggian gunung-ganang.
[38]
Semua
itu adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
[39]
Yang
demikian adalah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu oleh
Tuhanmu. Dan janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu lain yang
disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahanam
dengan keadaan terhina lagi tersingkir.
[40]
Adakah
Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu, dan Dia mengambil
anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu telah
memperkatakan perkataan yang besar.
[41]
Dan
sesungguhnya, Kami telah menerangkan di dalam Al-Quran ini supaya mereka mengambil
pengajaran. Namun ia tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
[42]
Katakanlah
“Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Dia, sebagaimana yang mereka
katakan, tentulah mereka (tuhan-tuhan) akan mencari jalan kepada Pemilik Arasy”
[43]
Maha
Sucilah Dia dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, atas apa yang mereka
katakan.
[44]
Langit
yang tujuh dan bumi dan segala apa yang ada padanya sentiasa mengucapkan
tasbih kepadaNya. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan
tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun.
[45]
Dan
apabila engkau bacakan Al-Quran, Kami jadikan di antaramu dan di antara
orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, dinding yang tidak
terlihat.
[46]
Dan
Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat
pada telinga mereka, yang menghalangi mereka memahaminya. Maka kerana itulah,
apabila engkau sebutkan sahaja nama Tuhanmu di dalam Al-Quran, mereka
memalingkan diri sambil membenci.
[47]
Kami
lebih mengetahui apa yang mereka mendengarnya semasa mereka mendengarmu, dan
semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata
“Kamu tidak menurut melainkan seorang yang terkena sihir”
[48]
Lihatlah
bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab
itulah mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan.
[49]
Dan
mereka berkata “Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda reput, kita akan
dibangkitkan semula sebagai makhluk yang baru?”
[50]
Katakanlah
“Jadilah batu atau besi.
[51]
Atau
makhluk dari makhluk yang tidak mungkin menurut fikiranmu!” Kemudian mereka
akan bertanya “Siapakah yang akan mengembalikan kita semula?” Katakanlah “Dia
yang menjadikan kamu pada mulanya!” Maka mereka akan mengangguk-anggukkan
kepala mereka kepadamu sambil bertanya “Bilakah berlakunya?” Katakanlah
“Dipercayai tidak lama lagi!”
[52]
Hari
Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu pula
menyangka bahawa kamu telah tinggal hanya sebentar.
[53]
Dan
katakanlah kepada hamba-hambaKu supaya mereka berkata dengan kata-kata yang
amat baik. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka. Sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
[54]
Tuhan
kamu lebih mengetahui akan kamu. Jika Dia menghendaki, Dia akan memberikan
rahmat kepada kamu. Atau jika Dia menghendaki, Dia akan menyeksa kamu. Dan Kami
tidaklah mengutuskanmu kepada mereka sebagai penjaga.
[55]
Dan
Tuhanmu lebih mengetahui sesiapa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Dan
sesungguhnya, Kami telah melebihkan sebahagian Nabi-nabi atas sebahagian yang
lain. Dan Kami telah berikan Kitab Zabur kepada Daud.
[56]
Katakanlah
“Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain Dia. Dan sudah tentu mereka tidak
berkuasa menghapuskan malang daripada kamu dan tidak juga dapat memindahkan”
[57]
Orang-orang
yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan untuk mendampingkan diri
kepada Tuhannya. Dan merekalah yang lebih rapat (dengan Tuhannya), dan mereka
pula mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu
itu, adalah sesuatu yang ditakuti.
[58]
Dan
tidak ada sebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari
kiamat, atau Kami menyeksa (penduduk)nya dengan azab seksa yang berat. Semuanya
itu telah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
[59]
Dan
tidak ada yang menghalangi Kami dari menghantarkan turun tanda-tanda melainkan
ia juga telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu. Dan Kami telah berikan
kepada kaum Thamud unta betina sebagai tanda yang nyata, lalu mereka berlaku zalim
terhadapnya. Dan Kami tidak menghantarkan turun tanda-tanda tersebut melainkan
sebagai amaran.
[60]
Dan
ketika Kami wahyukan kepadamu, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan
manusia. Dan tidaklah Kami jadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah
Kami perlihatkan kepadamu itu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia. Dan
juga pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran (pokok zaqqum). Dan Kami mengancam
mereka, tetapi semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan kekufuran yang
melampau.
[61]
Dan
ketika Kami berfirman kepada malaikat “Bersujudlah kepada Adam” Maka
bersujudlah mereka melainkan iblis. Dia berkata “Patutkah aku bersujud kepada
yang Engkau jadikan daripada tanah?”
[62]
Dia
berkata lagi “Adakah Engkau telah nampak orang yang Engkau muliakan ini
mengatasi aku? Jika Engkau berikan tempoh kepadaku hingga ke hari kiamat,
tentulah aku akan merosakkan zuriat keturunannya, kecuali sebahagian kecil”
[63]
Dia
berfirman “Pergilah! Dan sesiapa yang menurutimu di antara mereka, maka
sesungguhnya neraka Jahanamlah balasan kamu semuanya, sebagai balasan yang
cukup.
[64]
Dan
hasutlah sesiapa sahaja yang engkau mampu di antara mereka dengan suaramu. Dan
serbulah mereka dengan tentera-tenteramu yang berkuda mahupun yang berjalan
kaki. Dan jadilah rakan kongsi mereka dalam (mengurus) harta-benda dan
anak-anak. Dan janjikanlah mereka” Padahal tiadalah yang dijanjikan oleh
syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[65]
"Sesungguhnya
hamba-hambaKu, tidaklah engkau mempunyai sebarang kuasa pun terhadap
mereka" Cukuplah Tuhanmu sebagai Pelindung.
[66]
Tuhan
kamulah yang menggerakkan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat
mencari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penyayang kepada kamu.
[67]
Dan
apabila kamu ditimpa kesukaran di laut, hilang lenyaplah mereka yang kamu seru
melainkan Dia satu-satunya. Dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu
berpaling tadah. Dan sememangnya manusia itu sentiasa tidak bersyukur.
[68]
Adakah
kamu merasa aman, bahawa Dia akan menggempakan sebahagian dari daratan itu
menimbusi kamu, atau akan menghantarkan kepada kamu ribut batu. Kemudian kamu
tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
[69]
Atau
adakah kamu merasa aman bahawa Dia akan mengembalikan kamu sekali lagi ke
dalamnya, kemudian menghantarkan kepada kamu ribut taufan, lalu Dia mengkaramkan
kamu disebabkan kekufuran kamu. Kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang
boleh menuntut bela mengenai itu terhadap Kami?
[70]
Demi
sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan Kami telah mengangkut
mereka di darat dan di laut, dan Kami telah berikan kepada mereka dari
benda-benda yang baik-baik, dan Kami telah lebihkan mereka dengan
selebih-lebihnya atas kebanyakan makhluk-makhluk yang Kami telah ciptakan.
[71]
Hari
Kami memanggil sekalian manusia bersama Kitab masing-masing. Dan sesiapa yang
diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka akan membaca Kitab mereka,
dan mereka tidak akan dianiaya sedikitpun.
[72]
Dan
sesiapa yang berada di sini (di dunia) buta, maka dia juga buta di akhirat dan
lebih sesat jalannya.
[73]
Dan
sesungguhnya, nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu dari apa yang Kami telah
wahyukan kepadamu, agar engkau mengada-adakan atas nama Kami perkara lain,
kerana jika demikian barulah mereka menjadikan engkau sahabat.
[74]
Dan
kalaulah tidak Kami menguatkan engkau, nescaya kamu hampir-hampir condong ke
arah mereka.
[75]
Jika
demikian, tentulah Kami merasakanmu kesengsaraan dua kali ganda semasa hidup,
dan dua kali ganda sesudah mati. Kemudian engkau tidak beroleh seorang penolongpun
terhadap Kami.
[76]
Dan
sesungguhnya mereka hampir-hampir membuatmu gelisah di negeri bahawa mereka
hendak mengusirmu daripadanya. Dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak
akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sebentar.
[77]
Sebagai
suatu ketetapan terhadap Rasul-rasul Kami yang Kami telah utuskan juga
sebelummu. Dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi ketetapan
Kami itu.
[78]
Dirikanlah
sembahyang ketika tergelincirnya matahari hingga gelapnya malam, dan juga pada
subuh hari. Sesungguhnya bacaan pada subuh hari itu disaksikan.
[79]
Dan
bangunlah pada waktu malam dan dirikanlah sembahyang tahajud padanya sebagai
tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu akan mengangkatmu ke tempat yang terpuji.
[80]
Dan
pohonkanlah “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi
mulia, dan keluarkanlah daku dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan
berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang membantu”
[81]
Dan
katakanlah “Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah yang salah.
Sesungguhnya yang salah itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap”
[82]
Dan
Kami menurunkan dari Al-Quran itu, yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman. Dan tidaklah ia menambahkan bagi orang-orang yang
zalim melainkan kerugian.
[83]
Dan
apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia menjauhkan diri.
Dan apabila dia merasai kesusahan, menjadilah dia berputus asa.
[84]
Katakanlah
“Tiap-tiap yang beramal menurut caranya sendiri. Dan Tuhan kamu lebih
mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya”
[85]
Dan
mereka bertanyakan kepadamu mengenai roh. Katakanlah “Roh itu termasuk urusan
Tuhanku. Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit”
[86]
Dan
jika Kami kehendaki, tentulah Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan
kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembelapun terhadap Kami
mengenainya.
[87]
Melainkan
sebagai rahmat daripada Tuhanmu. Sesungguhnya limpah kurniaNya ke atasmu itu
amatlah besar.
[88]
Katakanlah
“Dan jika sekalian manusia dan jin berhimpun untuk mendatangkan yang sebanding
dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat jua mendatangkan yang sebanding
dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu sesama sendiri”
[89]
Dan
sesungguhnya, Kami telah menerangkan kepada manusia di dalam Al-Quran ini
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan. Dalam pada itu, kebanyakan manusia
tidak juga mahu menerima melainkan mengingkari.
[90]
Dan
mereka berkata “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu sehinggalah engkau
memancarkan mata air dari bumi untuk Kami.
[91]
Atau
engkau memiliki kebun dari pohon-pohon kurma dan anggur, dan mengalirkan
sungai-sungai dari celah-celahnya dengan banyaknya.
[92]
Atau
engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau
katakan. Atau engkau bawakan Allah berserta malaikat menghadap.
[93]
Atau
engkau memiliki sebuah rumah berhias. Atau engkau naik ke langit. Dan kami
tidak sekali-kali akan percaya mengenai kenaikanmu itu sebelum engkau turunkan
kepada kami sebuah kitab yang kami dapat baca” Katakanlah “Maha Suci Tuhanku!
Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”
[94]
Dan
tiadalah yang menghalangi orang-orang itu dari beriman ketika datang kepada
mereka petunjuk, melainkan mereka akan berkata “Patutkah Allah mengutuskan
seorang manusia menjadi Rasul?”
[95]
Katakanlah
“Seandainya ada di bumi, malaikat yang berjalan-jalan dan mendiaminya, tentulah
Kami akan menurunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul”
[96]
Katakanlah
lagi “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu. Sesungguhnya Dia Amat
Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat keadaan hamba-hambaNya”
[97]
Dan
sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk.
Dan sesiapa yang disesatkanNya, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati
bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan
mereka pada hari kiamat di atas mukanya, buta, bisu, dan pekak. Tempat kediaman
mereka pula, neraka Jahanam. Tiap-tiap kali ia malap, Kami tambahkan lagi
mereka dengan api yang menjulang-julang.
[98]
Balasan
mereka yang sedemikian, adalah kerana mereka ingkar akan ayat-ayat Kami, dan
berkata “Adakah sesudah kami menjadi tulang dan benda reput, kami akan
dibangkitkan semula sebagai makhluk yang baru?”
[99]
Tidakkah
mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa
pula menciptakan sesuatu seperti mereka, padahal Dia telahpun menetapkan waktu
tertentu bagi mereka yang tidak dapat diragukan lagi? Dalam pada itu,
orang-orang yang zalim tidak mahu menerima melainkan kufur.
[100]
Katakanlah
“jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu, tentulah
kamu akan berlaku bakhil kedekut dan takut membelanjakannya. Dan sememangnya
manusia itu bertabiat bakhil kedekut”
[101]
Dan
sesungguhnya, Kami telah berikan kepada Musa sembilan tanda yang nyata, maka
bertanyalah kepada Bani Israil. Ketika dia datang kepada mereka, lalu
berkatalah Firaun kepadanya “Sesungguhnya aku fikir, engkau wahai Musa, seorang
yang terkena sihir”
[102]
Dia
menjawab “Sebenarnya engkau telah mengetahui. Tiadalah yang menurunkan semua
ini melainkan Tuhan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti. Dan sesungguhnya aku
fikir, engkau hai Firaun, akan binasa”
[103]
Dan
dia cuba mengusir mereka dari bumi, lalu Kami menenggelamkannya berserta
pengikutnya seluruhnya.
[104]
Dan
Kami katakan kepada Bani Israil sesudahnya “Tinggallah kamu di negeri ini.
Kemudian apabila tiba janji akhirat, Kami akan datangkan kamu bercampur-baur”
[105]
Dan
Kami menurunkan ia dengan kebenaran, dan ia turun dengan kebenaran. Dan
tidaklah Kami mengutuskanmu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan
pembawa amaran.
[106]
Dan
Al-Quran ini Kami bahagi-bahagikan supaya kamu membacakannya secara
beransur-ansur kepada manusia, dan Kami menurunkannya pula mengikut peringkat.
[107]
Katakanlah
“Sama ada (kamu) beriman kepadanya atau tidak beriman. Sesungguhnya orang-orang
yang telah diberikan pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan ia kepada
mereka, mereka segera menundukkan muka bersujud.
[108]
Sambil
mereka menegaskan “Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap
terlaksana”
[109]
Dan
mereka menundukkan muka mereka sambil menangis, sedang mereka bertambah
khusyuk.
[110]
Katakanlah
“Serulah Allah atau serulah Tuhan Yang Maha Pemurah, yang mana sahaja yang kamu
seru. Sesungguhnya Dia memiliki banyak nama-nama baik lagi mulia” Dan janganlah
engkau nyaringkan dalam sembahyangmu, janganlah pula memperlahankan di
dalamnya, dan carilah jalan di antara keduanya itu.
[111]
Dan
katakanlah “Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil anak, dan tiadalah
bagiNya sekutu dalam kekuasaan, dan tiadalah juga bagiNya penolong disebabkan
kelemahan" Dan hendaklah (kamu) membesarkanNya dengan bersungguh-sungguh!
17. SURAH Al-Israa'