30. SURAH Ar-Rum
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Alif,
Laam, Miim.
[2]
Orang-orang
Rom telah dikalahkan.
[3]
Di
tanah terendah. Dan mereka sesudah kekalahan mereka akan mengatasi.
[4]
Dalam
masa beberapa tahun. Bagi Allah jualah segala Perintah, sebelum dan sesudah. Dan
pada hari tersebut, bergembiralah orang-orang yang beriman.
[5]
Dengan
pertolongan Allah, Dia memberikan pertolongan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya. Dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Penyayang.
[6]
Demikian
janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
[7]
Mereka
hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka
tidak pula mahu mengambil tahu akan hari akhirat.
[8]
Tidakkah
mereka berfikir dalam diri mereka, bahawa Allah tidak menciptakan langit dan
bumi dan segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan kebenaran, dan
dengan satu tempoh yang telah ditentukan? Dan sesungguhnya banyak di kalangan
manusia, orang-orang yang sangat ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
[9]
Tidakkah
mereka telah mengembara di muka bumi, kemudian memerhatikan bagaimana kesudahan
orang-orang yang terdahulu daripada mereka? Orang-orang itu lebih hebat
kekuatannya daripada mereka, dan orang-orang itu juga telah meneroka bumi dan
memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka. Dan
orang-orang itu juga telah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti
yang jelas. Dengan demikian, maka Allah tidak sekali-kali menzalimi mereka,
tetapi merekalah yang menzalimi diri sendiri.
[10]
Sesudah
dibinasakan, maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu adalah
seburuk-buruk azab, disebabkan mereka mendustakan tanda-tanda Allah dan mereka
sentiasa mempersendakan.
[11]
Allah
yang memulakan penciptaan, kemudian Dia mengulanginya, kemudian kepadaNyalah
kamu akan dikembalikan.
[12]
Dan
semasa berlakunya Saat, orang-orang yang berdosa akan berputus asa.
[Kiamat]
[13]
Dan
sekutu-sekutu mereka tidak ada satupun daripadanya adalah pemberi syafaat
kepada mereka, dan mereka pula akan berlaku kufur kepada sekutu-sekutu mereka
itu.
[14]
Dan
semasa berlakunya Saat, mereka pada hari itu akan berpecah-pecah.
[15]
Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka mereka akan
ditempatkan di dalam Taman sambil bersuka ria.
[16]
Dan
sebaliknya orang-orang kafir yang mendustakan tanda-tanda Kami dan pertemuan
hari akhirat, maka mereka akan tetap di dalam azab seksa.
[17]
Oleh
itu, bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada petang hari dan semasa
kamu berada pada subuh hari.
[18]
Dan
bagiNyalah segala puji di langit dan di bumi, di malam dan di masa kamu
berada pada tengah hari.
[19]
Dia
mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada
yang hidup, dan menghidupkan bumi sesudah matinya, dan seperti itulah juga kamu
akan dikeluarkan.
[20]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah, Dia menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
tidak semena-menanya kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran.
[21]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah, Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada
kamu sendiri, supaya kamu mudah-mudahan menemui ketenangan padanya. Dan
dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya pada yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang
yang berfikir.
[22]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah kejadian langit dan bumi, dan kepelbagaian
bahasa kamu dan warna (kulit) kamu. Sesungguhnya pada yang demikian mengandungi
tanda-tanda bagi orang-orang yang berpengetahuan.
[23]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah tidurnya kamu pada waktu malam. Dan pada siang
hari pula, kamu mencari (rezeki) dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya pada yang
demikian mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mendengar.
[24]
Dan
di antara tanda-tandaNya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk
menakutkan dan memberi harapan. Dan Dia menurunkan air dari langit, dan
menghidupkan bumi sesudah matinya dengannya. Sesungguhnya pada yang demikian
mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mengerti.
[25]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah, berdirinya langit dan bumi dengan PerintahNya.
Akhirnya apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan dari bumi, seketika itu
kamu keluar.
[26]
Dan
apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, semuanya
tunduk kepadaNya.
[27]
Dan
Dialah yang memulakan penciptaan, kemudian Dia mengulanginya, sedang itu
amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat tertinggi di langit dan di
bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[28]
Dia
mengemukakan kepada kamu satu contoh perbandingan daripada diri kamu sendiri,
iaitu relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki
itu menjadi rakan kongsi kamu pada apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu,
supaya kamu padanya adalah sama, sehingga kamu menjadi tidak berani kepada
mereka, sebagaimana kamu tidak berani kepada diri kamu sendiri? Demikianlah
Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang
menggunakan akal untuk memahami.
[29]
Bahkan
orang-orang yang zalim itu menuruti hawa nafsu mereka tanpa ilmu. Maka
tiadalah sesiapapun yang dapat memberikan petunjuk kepada orang yang telah
disesatkan oleh Allah, dan tiada pula bagi mereka sesiapapun yang dapat membantu.
[30]
Dan
hadapkanlah dirimu ke arah agama yang lurus, iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia untuk menerimanya. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu. Itulah agama yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[31]
Bertaubatlah
kepadaNya, dan bertakwalah kepadaNya, dan dirikanlah sembahyang dengan
sempurna. Dan janganlah menjadi dari orang-orang yang menyekutukan (Allah).
[32]
Iaitu
orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka terbahagi, dan menjadi
berpuak-puak. Tiap-tiap puak merasa bangga dengan apa yang ada padanya.
[33]
Dan
apabila manusia disentuh suatu kepayahan, mereka segera berdoa kepada Tuhan
mereka dengan keadaan bertaubat kepadaNya. Dan apabila Dia memberikan mereka
merasai suatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.
[34]
Maka
mereka mengingkari apa yang telah Kami berikan kepadanya. Oleh itu “Bersenang-senanglah,
kelak kamu akan mengetahui”
[35]
Pernahkah
Kami menurunkan kepada mereka sebarang keterangan, lalu ia menyuruh kepada apa
yang mereka telah sekutukan denganNya itu?
[36]
Dan
apabila Kami berikan manusia merasai suatu rahmat, mereka bergembira dengannya.
Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah disebabkan apa yang telah dilakukan
oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
[37]
Dan
mengapa mereka tidak memerhatikan bahawa Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan menyempitkan? Sesungguhnya pada yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman.
[38]
Dan
berikanlah kepada keluargamu, orang miskin, dan orang musafir akan hak
masing-masing. Yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang mengharapkan Wajah
Allah (keredhaan), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
[39]
Dan
suatu riba yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam harta manusia,
maka ia tidak sekali-kali akan berkembang di sisi Allah. Dan sebaliknya suatu
pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan Wajah Allah
semata-mata, maka mereka itu akan beroleh berlipat kali ganda.
[40]
Allah
jua yang menciptakan kamu. Kemudian Dia menyediakan bagi kamu. Sesudah itu Dia
mematikan kamu. Kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara sekutu-sekutu
kamu itu sesiapa yang dapat berbuat salah satu daripada itu? Maha Suci Allah
dan Tertinggilah Dia dari apa yang mereka sekutukan.
[41]
Telah
timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan
manusia, kerana Dia hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali.
[42]
Katakanlah
“Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang telah lalu. Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
menyekutukan (Allah)”
[43]
Dan
hadapkanlah dirimu ke arah agama yang benar, sebelum datang daripada Allah,
hari yang tidak dapat ditolak. Pada hari itu mereka akan berpecah-pecah.
[44]
Sesiapa
yang kufur, maka terhadapnyalah kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal
soleh, maka mereka itu membuat persiapan untuk diri mereka sendiri.
[45]
Bahawa
Dia akan membalas orang-orang yang beriman dan berbuat baik dari limpah
kurniaNya. Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang ingkar.
[46]
Dan
di antara tanda-tandaNya adalah, Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang menggembirakan supaya kamu merasai sebahagian dari rahmatNya, dan supaya
kapal-kapal belayar dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari (rezeki)
dari limpah kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur.
[47]
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu Rasul-rasul kepada kaum
masing-masing, dan mereka juga telah membawakan kepada mereka bukti-bukti yang
jelas. Kemudian Kami seksa orang-orang yang berlaku zalim, dan sememangnya
menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
[48]
Allah
jualah yang menghantarkan angin, lalu ia menggerakkan awan. Kemudian Dia
menyebarkannya di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan dijadikanNya
bergumpal-gumpal. Dan engkau akan melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Dan
apabila Dia menurunkannya menimpa sesiapa yang dikehendakiNya dari kalangan
hamba-hambanya, mereka dengan serta-merta riang gembira.
[49]
Padahal
mereka dahulu sebelum ia diturunkan kepada mereka, adalah dalam keadaan
berputus asa.
[50]
Dan
perhatikanlah olehmu akan kesan-kesan rahmat Allah, sebagaimana Dia
menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Dia akan menghidupkan
orang-orang yang telah mati. Dan Dia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[51]
Dan
jika Kami menghantarkan angin, kemudian mereka melihatnya (tanaman) menjadi
kuning kekeringan, nescaya mereka sesudah itu akan terus kembali kufur.
[52]
Dan
sesungguhnya, engkau tidak mungkin dapat menjadikan orang-orang yang mati itu
mendengar, dan tidak pula dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar
seruan, apabila mereka berpaling undur.
[53]
Dan
engkau tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang-orang yang buta dari
kesesatan mereka. Engkau juga tidak dapat memperdengarkan melainkan kepada
orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka itu
adalah orang-orang yang berserah.
[54]
Allah
jua yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas keadaan lemah
itu, keadaan kuat. Setelah keadaan kuat itu, keadaan lemah (tua beruban). Dia
menciptakan apa jua yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Kuasa.
[55]
Dan
semasa berlakunya Saat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan
bahawa mereka tidak tinggal melainkan sekadar satu saat sahaja. Demikianlah
mereka sentiasa dipalingkan.
[56]
Dan
berkatalah pula orang-orang yang berilmu dan beriman “Demi sesungguhnya, kamu
telah tinggal menurut ketetapan Allah hingga ke hari kebangkitan. Dan inilah
hari kebangkitan itu, akan tetapi kamu tidak mahu mengetahui”
[57]
Dan
pada hari itu, tidak bermanfaat lagi bagi orang-orang yang zalim, sebarang
alasan, dan mereka pula tidak diberikan peluang untuk memohon keredhaan.
[58]
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai
contoh-contoh di dalam Al-Quran ini. Dan jika engkau bawakan kepada mereka
suatu tanda, sudah tentu orang-orang yang kafir itu akan berkata “Kamu ini
tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu”
[59]
Demikianlah
Allah mengunci hati orang-orang yang tidak mengetahui.
[60]
Dan
bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar. Dan janganlah orang-orang yang
tidak tentu imannya itu menjadikan engkau resah gelisah.